JAKARTA – Arab Saudi memberi kuota haji tambahan sebanyak 10,000 jemaah kepada Indonesia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, berikutan penambahan itu kini kuota haji Indonesia berjumlah 231,000 jemaah.

“Dua hari berkunjung ke Arab Saudi, Ahad-Senin lalu, saya pulang membawa kabar baik, tambahan kuota untuk jamaah haji Indonesia sebanyak 10.000 orang,” katanya menerusi akaun Twitter.

Beliau yang dikenali dengan jolokan Jokowi berharap penambahan kuota itu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Dalam lawatannya ke Arab Saudi sebelum menunaikan umrah, Jokowi menemui Raja Salman bin Abdulaziz di Riyadh pada Ahad lalu. – MalaysiaGazette