Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucap terima kasih selepas skuad Harimau Selatan itu tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini.

Namun Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengakui tetap kagum dengan persembahan anak buah Benjamin Mora meskipun terpaksa akur terlepas satu piala.

“Pertama sekali, saya sangat kagum dengan corak permainan kami sewaktu beraksi dengan 10 pemain menentang PKNS. Kami meletakkan hampir semua pemain tempatan dan bukannya pemain luar negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PKNS kerana mengejutkan harimau yang sedang tidur. Malam ini (berdepan PKNS dalam Liga Super), kita akan melihat sesuatu yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers hari ini.

Rabu lalu, JDT tersingkir di pusingan ketiga Piala FA selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor.

Pasukan pilihan itu kehilangan Kiko Insa yang menerima kad merah seawal minit ke-11 sekali gus merencatkan permainan JDT.

Jaringan penyerang import PKNS, Kpah Sherman pada minit ke-48 pula cukup untuk membawa Semut Merah ke suku akhir Piala FA.

Kekalahan itu juga menyaksikan JDT hanya sempat beraksi satu perlawanan dalam Piala FA musim ini selepas mendapat ‘bye’ pada pusingan kedua. – MalaysiaGazette
[6:23 PM, 4/20/2019] Radzuan: Ok