Orang ramai melihat kesan letupan di sebuah gereja di Sri Lanka. foto Agensi

COLOMBO – Tiga orang polis terbunuh semasa serbuan dilakukan di sebuah rumah di Colombo, susulan pengeboman di beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka.

Dalam serbuan itu tujuh individu ditahan.

Bagaimanapun, maklumat dengan serbuan itu masih belum diperoleh.

Jumlah mangsa akibat pengeboman telah meningkat kepada angka 200 orang.

“Jumlah kematian daripada semua hospital seramai 207 orang manakala 450 lagi cedera,” kata polis.

Dalam kejadian itu, sebanyak lapan letupan berlaku yang dikenal pasti sebagai serangan berani mati.

Berikutan kejadian itu, kerajaan mengumumkan perintah berkurung dan menyekat akses media sosial dan mesej termasuk Facebook dan Whatsapp. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast