Michael Ang

KUALA LUMPUR – Pengarah Michael Ang meluahkan kemarahannya selepas mendakwa dia menerima servis yang teruk di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka.

Berkongsi rasa tidak puas hati menerusi video di Instagramnya malam tadi, pengarah yang terkenal bermulut lepas itu mendakwa insiden itu bermula apabila dia membuat tempahan makanan dari biliknya.

Namun apa yang dihantar, menu yang tidak diserta dengan sudu dan garpu, selain ais kiub yang diletakkan dalam mangkuk dan bukannya sebaldi ais (bucket of ice).

“Selepas setengah jam ke 40 minit, ingat dapat chopstik untuk menikmati mi mamak yang kering dan keras ini, tapi tiga kali call Front Desk tidak sampai-sampai.

“Aku turun jumpa Duty Manager, dia cakap apa masalah? Lepas terang tidak dapat chopstick dan call tiga kali, dia boleh kata jadi apa masalahnya?

“Masalahnya hotel ini teruk. Aku tak pernah suruh orang viralkan video aku, tapi tolong viral video ini agar jangan tinggal di hotel ini,” katanya penuh emosi.

Namun dalam status terbaharu pagi ini, Michael berkata, dia sudah daftar keluar hotel tersebut.

“Ok aku dah check out dari horror house @hattenplace. Anyway manager ada lah jumpa aku untuk mintak maaf sebagai PR biasa lepas tu tak nak ambik bayaran aku untuk laundry and nak pulangkan duit aku untuk satu malam Yg aku tak duduk situ sebab check out awal.

“Aku dah cakap aku tak nak balik duit tu Tapi dia org tetap nak bagi balik. Di sini aku cakap Tak payah la pulangkan duit tu aku halalkan guna duit sedikit tu pergi train staff kau org n suruh front desk kau org tu senyum sikit Kalau tak muka ketat mcm dah kena seratus cucuk Botox aje!

“Buat malu Melaka aje! By the way 5 Stars u are not so pandai pandai la diri sendiri reduce kan star tu! Memang aku BAN hotel ni dari hidup aku!,” tulisnya panjang lebar. – MalaysiaGazette