Thursday, January 23, 2020
Home Dunia Tunggu keputusan rasmi siapa menang presiden

Tunggu keputusan rasmi siapa menang presiden

Prabowo Subianto secara berseloroh merayakan kemenangan dengan melakukan sujud syukur selepas pilihan raya Presi­den (Pilpres) Indonesia 2019. Foto Tribun Timur - Tribunnews.com

JAKARTA – Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) menasihati orang ramai agar bersabar menunggu keputusan pungutan suara rasmi daripada Komisi Pemilihan Umum (KPU).

Saranan itu dikeluarkan oleh ketuanya iaitu Abhan setelah dua calon presiden (Capres) mendakwa sudah mencapai kemenangan dalam pilihan raya Presiden (Pilpres).

Kelmarin, calon Capres nombor dua, Prabowo Subianto mendakwa telah memenangi Pilpres Indonesia 2019.

Malah, Ketua Dewan Pembina Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) itu secara berseloroh merayakan kemenangan dengan melakukan sujud syukur.

Hal itu dilakukan Prabowo dan sejumlah pendukungnya sebaik sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan pihak media di Kertanegara, Jakarta Selatan. – MalaysiaGazette