🎥 Makan Apa Tu? Udang Kara D’Johan Delicacies Pukau Selera

Menyuntik selera dengan menikmati hidangan makan malam bersama hidangan udang kara masak mentega telur masin mungkin dianggap mewah.

Namun ia adalah sesuatu yang perlu dicuba kerana ia sangat menyelerakan dan cukup enak untuk dirasai.

Tidak salah untuk menghargai diri sendiri sekali sekala bersama orang tersayang dengan memilih hidangan lazat bersama sepinggan nasi dan makanan lain seperti sup, salad dan ikan.

Isi udang kara yang dioles dengan kuah mentega telur masin pasti membuatkan sesiapa sahaja melihatnya kecur dan tidak mampu berhenti dari terus mengunyah keenakan isi udang bersaiz besar itu.

Pilihan pelanggan semestinya di Restoran D’johan Delicacies yang terletak di Sungai Kantan, Kajang.