Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan untuk menukar fungsi Stesen ECRL Tok Bali kepada mengangkut penumpang sahaja walaupun pelan asal digunakan untuk mengangkut penumpang dan kargo.

KUALA LUMPUR – AmInvestment Bank Research mengekalkan unjuran FBM KLCI kepada 1,820 mata pada akhir tahun ini.

Dalam notanya hari ini, firma penyelidikan itu positif terhadap pemulihan projek Bandar Malaysia yang menandakan hubungan Malaysia-China kembali normal.

“Ini berikutan kerajaan akan memulakan projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas kontraktor utama China Communications Construction Company Ltd bersetuju untuk mengurangkan kos projek kepada RM44 bilion daripada RM65 .5 bilion,” katanya.

AmInvestment percaya pasaran dalam keadaan terkejut apabila kerajaan tidak lagi mengenakan langkah lebih ketat terhadap perniagaan China susulan perubahan kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

“Kami percaya hubungan Malaysia-China sudah mencapai paras paling rendah pada bulan Ogos tahun lalu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan untuk menghentikan penjualan harta tanah di Forest City yang bernilai AS$100 bilion yang dibangunkan oleh Country Garden, syarikat hartanah China kepada warga asing,” katanya.

Menurut firma itu lagi, perkembangan terbaharu ini bagi mempercepatkan kemasukan pelaburan langsung asing daripada China.

Situasi ini dijangka berlaku seketika sahaja untuk menstabilkan pasaran sahan, sentimen ringgit, perniagaan dan pengguna.

Ia susulan keputusan dana kekayaan berdaulat Norway yang mahu mengurangkan pendedahan kepada pasaran bon baru muncul yang berpotensi menyaksikan aliran keluar daripada bon tempatan sebanyak AS$1.9 bilion atau hampir RM8 bilion).

Selain itu berita tentang FTSE Rusell yang mahu meletakkan Malaysia dalam senarai untuk dikecualikan daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE yang boleh mencetuskan aliran keluar daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak AS$8 bilion atau RM32.8 bilion.

Pelaksanaan semula Bandar Malaysia dapat memantapkan semula dana kerajaan sebanyak RM1.24 bilion, iaitu deposit sebanyak RM7.41 bilion ditambah dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM500 juta.

Penentuan penuh pertimbangan pembelian (yang kerangka waktu masih belum diketahui pada masa sekarang) dapat menjana RM6.17 bilion. – MalaysiaGazette