Walaupun permintaan dana daripada kerajaan merupakan perkara yang agak biasa, tetapi apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ternyata luar biasa apabila beliau menerima permohonan peruntukan untuk mengusir hantu.
Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng hari ini mengadukan Menteri Pengangkutan mengenai pembinaan Aliran Transit Massa (MRT2) yang membahayakan pengguna jalan raya.

Dalam satu status di Facebook, Lip Eng mendakwa pembinaan sistem pengangkutan itu membahayakan pengguna dengan tidak menitik beratkan aspek keselamatan.

“Kerja-kerja MRT2 membahayakan pengguna Jalan Kepong,” katanya di Facebook.

Posting itu turut di tag Menteri Pengangkutan Malaysia yang merujuk kepada Anthony Loke Siew Fook sebagai menterinya.

Dalam video berdurasi 21 saat itu memaparkan sebuah kereta sedan berwarna hitam melalui bawah landasan MRT2.

Ketika melalui jalan berkenaan, kereta itu ditimpa serpihan besi dan konkrit akibat kerja-kerja membina landasan berkenaan.

Stesen Kepong antara salah satu stesen yang akan dilalui oleh MRT2 laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Posting itu kini mencecah 10,000 tontonan dan hampir 500 share di Facebook. – MalaysiaGazette