Tuesday, April 23, 2024
Home Nasional PRK Sandakan: Linda Tsen calon PBS

PRK Sandakan: Linda Tsen calon PBS

Linda Tsen Thau Lin
Linda Tsen Thau Lin

SANDAKAN – Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengumumkan bahawa Naib Presiden parti dan Anggota Parlimen untuk dua penggal, Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Beliau juga berkata, PBS mendapat sokongan parti-parti politik lain, seperti Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), UMNO dan MCA pada pilihan raya kecil itu.

Tsen dipilih sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil pada 2010 berikutan kematian anggota Parlimen berkenaan, Datuk Edmund Chong Ket Wah, suaminya.

Sementara itu DAP mengumumkan Vivian Wong Shir Yee, 30, sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Sandakan yang didakan berikutan kematian anggota Parlimen kawasan itu Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga bapa Shir Yee pada 28 Mac lepas. – Bernama