Sebuah kereta rosak teruk akibat ditimpa sebuah kren yang jatuh selepas angin kuat di Seattle. foto Agensi

SEATTLE – Empat terbunuh dan tiga yang lain cedera selepas kren di sebuah kawasan pembinaan tumbang di bandar ini.

Sebuah kereta hancur dan dua orang di dalamnya maut apabila kren itu tumbang di atas jalan di daerah South Lake Union.

Dua pekerja kren berkenaan juga meninggal dunia manakala seorang wanita dan bayinya serta seorang lelaki berusia 20-an dilaporkan cedera dan diberi rawatan di hospital.

Insiden itu berlaku pada pukul 15:30 waktu tempatan.

Seorang saksi memberitahu, kren itu kelihatan jatuh semasa angin kuat.

“Separuh tiang kren itu jatuh di tempat pembinaan dan separuh lagi di atas jalan raya dan merentangi kedua-dua laluan,” kata Esther Nelson.

Kejadian itu turut merosakkan struktur bangunan bagi projek perumahan untuk kampur Google Seattle membabitkan 150 rumah pangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast