Orang ramai melihat kesan letupan di sebuah gereja di Sri Lanka. foto Agensi

COLOMBO – Pegawai keselamatan Sri Lanka memberi amaran pengganas yang menjadi dalang pengeboman di bandar itu baru-baru ini sedang merancang lebih banyak serangan dengan menggunakan van dan pengebom berpakaian uniform tentera.

“Mungkin ada satu lagi gelombang serangan.

“Maklumat lain yang berkaitan adalah individu-individu berkenaan akan memakai pakaian beruniform dan menggunakan sebuah van untuk melakukan serangan,” kata Ketua Jabatan Keselamatan Kementerian (MSD), salah sebuah unit polis dalam satu surat kepada pembuat dasar dan seksyen keselamatan lain yang dilihat Reuters pada Isnin.

Tiada sebarang serangan berlaku pada Ahad dan kawalan keselamatan di seluruh Sri Lanka ditingkatkan dengan penangkapan suspek-suspek kes pengeboman hotel dan gereja yang telah mengorbankan 250 orang termasuk 40 warga asing.

Pihak berkuasa mengesyaki dua kumpulan militan, National Thawheedh Jamaath (NTJ) dan Jammiyathul Millatahu Ibrahim melakukan serangan tersebut walaupun Islamic State mengaku bertanggung jawab.

Kerajaan Sri Lanka membatalkan perintah berkurung pada malam Ahad buat pertama kali sejak insiden tersebut berlaku namun polis Colombo masih melakukan pemeriksaan badan dan pencarian secara rawak.

Menurut surat berkenaan, salah satu sasaran baharu serangan adalah di Batticaloa, sebuah bandar di pantai timur yang mana 27 orang terbunuh ketika serangan berani mati di sebuah gereja.

Lokasi sebuah lagi sasaran serangan tidak dinyatakan.

Dua menteri kabinet dan dua ahli parlimen pembangkang mengesahkan mereka tahu mengenai amaran keselamatan terkini itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast