Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini bertebaran di media sosial ciapan-ciapan di laman Twitter yang menggunakan nama serta gambar profil Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Siri ciapan itu menggunakan kata-kata kesat dan ada juga yang mencarut dilihat saling berbalas dengan akaun-akaun Twitter yang lain termasuk @Sir Azri yang juga dikenali sebagai Papagomo  atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris.

saddiq latest
Ciapan di laman Twitter menggunakan nama dan gambar profil Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
saddiq1 baru
Salah satu ciapan yang menggunakan nama serta gambar profil Syed Saddiq.

syedddDalam ciapan terbaharu akaun Twitter yang sebenar, Menteri Belia dan Sukan itu berkata:

“kau ni tahap carrot pun tak sampai”, YB KJ ke Papagomo 😆“Fake news ni memang untuk mereka yang IQ lagi rendah dari carrot. Saya lawan dengan hujah. Tidak perlu menghina orang.”

saddiq
Akaun Twitter Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebenar.

Kelmarin ciapan Syed Saddiq mempersoalkan mengapa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan ‘lebih baik tukar perdana menteri’ dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan TMJ meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor selepas perlawanan Kejuaraan Liga AFC.

Ketika kenderaan SUV berwarna hitam yang membawa Tunku Ismail lalu, peminat JDT melaungkan “hidup TMJ” tetapi ada seorang penyokong pula berkata “tukar Mora”, yang merujuk kepada jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Susulan itu, kenderaan SUV membawa TMJ tiba-tiba berhenti dan beliau didengar sebagai berkata: “Daripada tukar Mora, baik tukar perdana menteri.”

Syed Saddiq dalam ciapannya berkata, mengapa sebelum ini TMJ tidak mencadangkan supaya Datuk Seri Najib Razak ditukar, selain mengaitkan dengan tindakan Tunku Ismail meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM.

Menteri Belia dan Sukan itu pernah membuat laporan polis mendakwa Papagomo mencederakannya semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: