KUALA LUMPUR – Bagi menyemarakkan sambutan Ramadan pada tahun ini, BDB Leisures Sdn Bhd menawarkan lebih 80 menu bufet berkonsepkan ‘Sajian Tradisional Melayu” kepada orang ramai di Classic Café, Darulaman Golf & Country Club
(DGCC), Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Konsep tersebut dipilih memandangkan ia mendapat sambutan daripada orang ramai serta lebih menepati citarasa para pelanggan berbanding konsep lain yang ditawarkan sebelum ini.

Bufet Ramadan pada kali ini lebih menjurus kepada masakan tradisional Melayu di mana lebih 80 juadah disajikan setiap hari termasuklah menu yang merupakan menjadi pilihan ramai setiap tahun.

Menu yang paling mendapat sambutan adalah kambing dan ayam panggang serta aneka jenis nasi, mi dan laksa seperti Nasi Briyani Kambing, Nasi Kerabu, Mi Kari Utara, Mi Udang, Laksa Kedah, Laksa Lemak, Char Kue Tiaw, Pad Thai, Steamboat,
Gulai Kawah Batang Pisang serta Bihun Sup Daging.

 

Bufet Ramadan 3

Terdapat juga juadah yang akan ditukar setiap hari dan hanya disajikan pada hari yang terpilih sepanjang bulan Ramadan ini seperti Pasembor, Udang Lipan Cili Kering, Udang Goreng Kicap Bercili, Kurma Itik, Kepah Masam Manis, Ayam Goreng Berempah dan Puyuh Goreng Kunyit.

Ketua Sektor BDB Leisures Sdn Bhd, Hasnan Ahmad Mokhtar berkata, BDB Leisures turut menawarkan penjualan Early Bird Voucher kepada orang ramai yang ingin menjamu selera di DGCC pada harga yang cukup berpatutan iaitu pada harga RM43.50 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak.

Promosi bagi Early Bird Voucher ini akan tamat pada 8 Mei depan dan BDB Leisures juga akan memberikan satu baucar percuma bagi setiap pembelian 10 keping baucar dalam tempoh promosi tersebut.

Bufet Ramadan 9

Namun begitu, bagi orang ramai yang ingin berbuka puasa secara walk-in, harga yang ditawarkan adalah cukup istimewa iaitu RM49.50 bagi pelanggan dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun,” ujarnya.

Jualan baucar berkenaan adalah terhad dan kepada mereka yang berminat perlu membuat tempahan dan pembelian dengan menghubungi bahagian dan jualan kafe di talian 04-9174686 atau 04-9170001. – MalaysiaGazette