Mohd Shukrie Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melantik Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baharu.

Pelantikan Shukrie berkuatkuasa 1 Mei.

Menurut MAHB, beliau akan memainkan peranan penting dalam memandu dan mengawasi strategi yang berkaitan dengan operasi lapangan terbang; keselamatan dan keselamatan lapangan terbang; perancangan dan pembangunan lapangan terbang; pengurusan projek; pengurusan kemudahan; serta perkhidmatan perundingan Kumpulan untuk operasi dan pengurusan lapangan terbang di luar negara.

Dengan pengalaman kerja yang luas meliputi perbankan pengguna dan korporat; kewangan korporat dan nasihat; penggabungan dan pengambilalihan; perkhidmatan kewangan; pengurusan risiko; sumber manusia; dan perolehan, Shukrie akan membawa nilai penting kepada kumpulan syarikat itu dalam meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan yang kukuh dan menjadi pemimpin perkhidmatan. – MalaysiaGazette