Tentera Myanmar. foto Agensi

YANGON – Tentera Myanmar menembak mati sekurang-kurangnya enam orang yang ditahan di sebuah sekolah kampung di negeri Rakhine.

Tembakan itu dilepaskan selepas keenam-enam tahanan itu didakwa cuba merampas senjata mereka.

Banduan-banduan itu sedang disiasat tentang kaitan mereka dengan pemberontak tentera Arakan, yang merupakan kaum etnik Rakhine.

Lebih daripada 30,000 penduduk awam kebanyakannya telah dipindahkan dalam pertempuran terakhir antara pasukan kebangsaan dan pemberontak.

Sebuah negara pelbagai etnik, Myanmar adalah ‘rumah’ kepada beberapa kumpulan pemberontak.

Walaupun banyak perhatian diberikan kepada konflik pengusiran Rohingya Islam ke Bangladesh, etnik minoriti lain juga sebenarnya sering bertempur dengan tentera kerajaan.

Wartawan dan kebanyakan agensi bantuan dilarang ke utara Rakhine dan sukar untuk mengesahkan apa yang terjadi pada pagi Khamis itu, kata Nick Beake dari BBC di Yangon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast