TERKINI : Bung Moktar dan Isteri Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Bung Moktar Radin mengaku tidak bersalah di atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan memohon kepada Hakim, Rozina Ayob agar kesnya itu dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kesnya dan beliau dibebas tanpa dilepas dengan jaminan sebanyak RM100, 000 dengan seorang penjamin.