Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi didakwa tidak lagi memberi kuota tambahan untuk jemaah haji Malaysia sejak tahun lalu lagi.

Datuk Seri Najib Razak berkata, kuota tambahan yang dirunding dengan Arab Saudi oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu telah berakhir tahun lepas.

Menurutnya, bermula tahun 2010, Malaysia mendapat kuota tambahan sekurang-kurangnya 10,000 tempat setiap tahun selepas beliau berunding.

“Tahun 2017, kita mendapat kuota tambahan 12,000 orang menjadikan jumlah kuota 42,200 jemaah.

“Tetapi pada tahun 2018, Malaysia hanya dapat 30,200 tempat. Tiada kuota tambahan.

“Tahun 2019 juga 30,200 orang,” katanya dalam posting di Facebook.

Lantaran itu, Najib meminta kerajaan PH mengesahkan jika benar kuota tambahan tidak lagi diberi oleh kerajaan Arab Saudi sejak tahun 2018. – MalaysiaGazette