Datuk Tengku Maimun Tuan Mat

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) berbangga dengan pelantikan Datuk Tengku Maimun Tengku Mat sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu

Tengku Maimun merupakan graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

“PARFUM menyambut baik dan mengalu-alukan pelantikan Tengku Maimun di atas kepercayaan untuk mengemudi institusi kehakiman negara di tahap yang paling tinggi.

“Kami percaya dengan pengalaman dan kebijaksanaan yang telah dibuktikan oleh Tengku Maimun selama ini, beliau akan menjadi individu terbaik memikul tanggungjawab besar untuk mengangkat martabat institusi undang-undang dan kehakiman negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Perlantikan Tengku Maimum juga menjadi penanda aras tertinggi buat semua pengamal dan bakal pengamal undang-undang negara apatah lagi beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Pengiktirafan ini amat bertepatan kerana rekod pencapaian dan penghakiman yang adil dan bijaksana beliau.

“Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya dari PARFUM atas perlantikan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara yang ke-16,” kata pertubuhan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast