Nguyen Phu Trong .foto Agensi

HANOI – Presiden Vietnam tidak kelihatan di mana-mana khalayak awam hampir tiga minggu, menguatkan spekulasi berhubung tahap kesihatannya.

Kelibat Nguyen Phu Trong, 75, mula tidak lagi kelihatan selepas beliau jatuh sakit pada 14 April lalu,

Spekulasi mengenai keadaannya semakin meningkat selepas beliau tidak hadir pada acara pengebumian bekas presiden Vietnam, Le Duc Anh semalam.

Jurucakap kerajaan berkata, Trong tidak hadir kerana kesihatannya terjejas akibat beban kerja dan cuaca.

Katanya, Trong akan bekerja semula tidak lama lagi.

Kebimbangan mengenai kesihatan Trong, pemimpin parti dan pegawai kerajaan adalah cara untuk menggambarkan Vietnam sebagai sebuah negara yang stabil di bawah peraturan parti tunggal, kata Giang Nguyen, editor berita perkhidmatan BBC Vietnam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast