Antonio Costa. foto Agensi

LISBON – Perdana Menteri Portugis mengancam untuk meletakan jawatan jika Parlimen meluluskan rang undang-undang yang menaikkan gaji guru.

Kelulusan itu akan menjejaskan usaha ke arah bajet seimbang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Antonio Costa selepas bertemu dengan presiden, susulan keputusan sekutu sayap kiri untuk mengenepikan kerajaan dan mengundi pembangkang berhubung rang undang-undang yang diluluskan jawatankuasa itu sehari sebelumnya.

“Di bawah syarat-syarat ini, adalah kewajipan saya untuk memaklumkan kepada presiden dan ketua Parlimen bahawa kelulusan akhir inisiatif ini akan memaksa kerajaan menyerahkan peletakan jawatannya,” kata Costa dalam ucapan di stesen televisyen. – MalaysiaGazette