KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam dan
sebuah bot logistik Vietnam ketika melaksanakan operasi berkala di dalam perairan Malaysia (Laut China Selatan).

Operasi itu bermula sejak 2 Mei dan berakhir semalam, merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan TLDM di dalam menunjukkan kehadiran di samping melindungi dan menjaga kedaulatan perairan Malaysia.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, sebuah bot nelayan Vietnam bersama 13 orang awak-awak telah ditahan oleh KD
Laksamana Muhammad Amin pada hari Khamis manakala pada Jumaat, sebuah bot logistik Vietnam bersama 8 orang awak-awak telah ditahan oleh KD Ganyang.

PIX 2a

Bot logistik Vietnam yang ditahan oleh KD GANYANG. foto TLDMKedua-dua bot tersebut disyaki telah menceroboh perairan Malaysia dan melaksanakan aktiviti haram yang
boleh menjejaskan ekonomi negara.

Bot nelayan Vietnam tersebut telah ditahan dengan bertan-tan hasil laut manakala bot logistik tersebut pula didapati membawa sejumlah besar minyak diesel dipercayai untuk membekal bahan api kepada bot-bot nelayan Vietnam yang menangkap ikan secara haram di perairan
Malaysia.

Kedua-dua bot tersebut diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette