gambar hiasan

CARACAS – Sebuah helikopter tentera tentera terhempas berhampiran Caracas pagi ini mengorbankan kesemua tujuh orang yang berada di dalamnya.

Menurut Kementerian Pertahanan, pihak berkuasa masih menyiasat punca helikopter yang berlepas dari Caracass ke Cojedes itu terhempas.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang berada di Cojedes untuk menonton beberapa siri latihan ketenteraan berkata, pasukan pertahanan negara tersebut sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman daripada Amerika Syarikat.

Maduro menuduh kerajaan Amerika Syarikat berusaha untuk mendalangi rampasan kuasa terhadap beliau dengan memberi sokongan kepada pemimpin pembangkang, Juan Guaido yang mengisytiharkan Presiden Venezuela itu sebagai tidak sah.

“Saya sedih dengan insiden ini dan melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga dan sahabat mangsa,” katanya dalam ciapan di Twitter.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast