Sultan Hassanal Bolkiah. foto Agensi

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei telah menarik semula undang-undang yang mengenakan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan hubungan sejenis atau golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pelaksanaan undang-undang itu diperkenalkan pada bulan lalu berdasarkan perundangan Syariah.

Penarikan semula undang-undang itu dibuat oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Langkah itu dipercayai ada kaitan dengan bantahan dunia, termasuk boikot dan protes dalam kalangan selebriti.

Walaupun hukuman itu masih dalam pelaksanaan statut, tiada hukuman mati dijalankan di Brunei sejak 1957.

Bulan lepas, Brunei mengeluarkan tafsiran baru yang ketat mengenai undang-undang Islam, atau Syariah.

Meskipun ia masih dalam pelaksanaan statut, namun Brunei tidak pernah melaksanakan hukuman mati seumpama itu sejak tahun 1957.

Dalam ucapannya, Sultan Hassanal berkata, beliau sedar terdapat “banyak persoalan dan kesilapan” mengenai perlaksanaan undang-undang, yang dipanggil Perintah Kod Jenayah Syariah (SPCO).

Semasa menyatakan penangguhan hukuman mati ke atas SPCO dilaksanakan, beliau masih mempertahankan peraturan baharu itu dengan memaklumkan bahawa “merit” kesalahan itu akan menjadi jelas.

Ia merupakan ucapan pertama Sultan Brunei sejak pelaksanaan undang-undang baharu itu dilaksanakan.

Homoseksual sudah pun menyalahi undang-undang di Brunei dan boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara.

Umat ​​Islam mewakili kira-kira dua pertiga daripada penduduk negara ini yang seramai 420,000 orang itu. – MalaysiaGazette