WASHINGTON – Dua kapal perang milik tentera laut Amerika Syarikat (AS) sedang belayar berhampiran sebuah pulau yang didakwa China berada di Laut China Selatan pada Isnin.
Tindakan terbaharu AS itu telah mencetuskan kemarahan Beijing berikutan ketegangan diplomatik antara dua gergasi ekonomi dunia.
Perairan laut paling sibuk di dunia itu menjadi tumpuan hubungan AS-China yang juga melibatkan perang perdagangan dan sekatan AS dan Taiwan.
Presiden Donald Trump secara dramatik meningkatkan tekanan ke atas China untuk mencapai rundingan perdagangan dengan mengugut untuk meningkatkan tarif AS terhadap barangan China bernilai AS$200 bilion dolar AS minggu ini.
Kapal perang pemusnah peluru berpandu milik AS Preble dan Chung Hoon belayar antara 12 batu nautika berhampiran Pulau Spratly, menurut jurucakap tentera AS kepada Reuters.
Komander Clay Doss selaku jurucakap tentera AS berkata laluan pelayaran ikhlas sebagai mencabar tuntutan maritim yang terlampau dan memelihara akses kepada perairan yang dipantau undang undang antarabangsa.
Operasi itu dilaporkan pertama kali oleh Reuters.
Di Beijing, Jurucakap Menteri Luar, Geng Shuang berkata, kapal perang AS yang memasuki perairan tanpa kebenaran China dan tentera Laut China memberi amaran meminta mereka berundur segera dari perairan tersebut.
“Pergerakan kapal perang AS di Lau China Selatan melanggar hal kedaulatan China, merosakkan keamanan, peraturan perairan yang ditetapkan selama ini.
“China dengan sekeras-kerasnya tidak berpuas hati dengan pencerobohan itu dan menentang tindakan AS,” katanya semasa taklimat kepada Daily News di negara itu.
China juga mendesak AS menghentikan tindakan provokasi sedemikian rupa sambil menambah China akan terus mengambil tindakan sewajarnya dalam melindungi kedaulatann dan keselamatan perairan tersebut. – MalaysiaGazette