Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SANDAKAN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan apa yang berlaku antara Perdana Menteri dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) melibatkan perkara peribadi.

Menurutnya, apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah beliau mahu mengekalkan semangat perlembagaan.

“Ia bukan isu peribadi. PM mahu memastikan semangat perlembagaan diutamakan dan saya rasa kami bersamanya,” katanya ketika ditemui semasa kempen PRK Sandakan, Sabah petang tadi seperti dilaporkan media.

Sebelum itu, Mahathir menyifatkan TMJ ‘budak bodoh’ ekoran isu ratifikasi Statut Rom yang berpanjangan antara mereka berdua sejak kebelakangan ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast