Pemain Malaysia, Zaquan Adha (kanan) mengawal bola melepasi penjaga gawang Singapura, Izwan Mahbud pada perlawanan pusingan separuh akhir Piala Air Marine 2019 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 20 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak kembali menjadi kontroversi apabila video mirip wajahnya kembali di Twitter sejak beberapa hari lalu.

Tahun lalu, suami kepada pelakon Ayu Raudah itu berdepan situasi sama apabila video mirip pemain Liga Super Kedah itu turut tersebar dengan berseluar dalam putih sedang beraksi di hadapan kamera.

Kini, video berdurasi kira-kira dua minit itu sekali lagi dilihat seakan-akan milik wajah Zaquan tanpa memakai
sebarang pakaian.

Pada November lalu, Ayu Raudhah tampil memberi penjelasan mengenai video Zaquan berseluar dalam itu.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,” ujarnya.

Zaquan telah berkahwin dengan Ayu pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan empat orang anak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast