Linda Rafar
Linda Rafar. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Pelakon, Linda Rafar secara terbuka memohon maaf kepada warganet yang pernah menfitnah dirinya sebelum ini.

Linda membuat permohonan itu menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.

“Ketika sidang media sebelum ini saya rasa marah, dikhianati, terhina dan sedih kerana walaupun selepas kematian ibu, pembuli siber tetap tidak berhenti mengecam saya.

“Peguam saya menghantar notis kepada ratusan orang yang memfitnah namun hati saya tidak tenang.

“Dalam bulan yang mulia ini, saya mengambil peluang untuk memohon maaf jika ada kata-kata saya yang melukakan hati anda dan saya juga telah memaafkan semua warganet yang meminta maaf daripada saya dan begitu juga sebaliknya.

“Tiada siapa yang hebat di muka bumi Allah ini dan tidak salah jika kita yang ikhlas memohon maaf dahulu dan melupakan segala kisah,” tulis Linda.

Sebelum ini, Linda mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman kepada pengguna laman sosial yang melemparkan komen memburukkan dirinya berhubung kes penularan isu fitnah jururawat.

Isu mula timbul apabila Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya, Allahyarhamah Rasimah Abd Rahman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast