Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Malayan Banking Bhd (Maybank) mengumumkan penurunan Kadar Asas (BR) sebanyak 20 mata atau 0.2 peratus kepada 3.05 peratus setahun manakala Kadar Pinjaman Asas (BLR) diturunkan kepada 6.7 peratus setahun berbanding 6.9 peratus sebelum ini.

Pada masa sama, BR dan BLR Perbankan Islam akan diturunkan masing-masing sebanyak 20 mata asas daripada 3.25 peratus setahun kepada 3.05 peratus setahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abdul Farid Alias, berkata selaras dengan penyemakan semula ini, kadar deposit tetap Maybank juga akan diturunkan sebanyak 20 mata asas bermula pada tarikh sama.

“Maybank sudah menawarkan BR dan BLR paling rendah dalam kalangan bank komersial di negara ini untuk tempoh yang lama, masing-masing pada kadar 3.25 peratus dan 6.90 peratus.

“Kadar semakan kami akan terus memberi faedah kepada peminjam kami yang mempunyai pegangan pinjaman kepada BR dan BLR memandangkan kadar faedah yang dikenakan akan diturunkan sewajarnya dari 9 Mei.

“Pada masa sama, kami akan terus berusaha untuk memastikan bahawa pendeposit terus menerima pulangan sesuai untuk simpanan mereka kerana kadar deposit tetap telah diselaraskan kurang dari 25 mata asas dalam penurunan OPR,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

OPR turun 3%

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast