Foto Instagram Tya Arifin.

KUALA LUMPUR – Bulan Ramadan ini pasti menjadi momen terindah buat anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid yang dikurniakan cahaya mata kedua selepas isterinya, Tya Arifin selamat melahirkan bayi perempuan mereka semalam.

Pengumuman gembira itu disampaikan sendiri oleh Asyraf yang juga seorang usahawan di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, Tya baru sahaja selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi perempuan pada jam 9.21 pagi. Segala puji bagi Allah. Selamat datang ke dunia Azzahra Jiwa Asyraf,” tulis Asyraf.

Berita yang sama turut dikongsikan Tya dalam Instagram dengan memuat naik sekeping gambarnya bersama bayi comel tersebut.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf,” tulisnya ringkas.

Apa yang menarik perhatian, sempena kelahiran cahaya mata kedua Tya dan Asyraf, pasangan ini turut membuka akaun Instagram rasmi untuk puteri mereka dengan menggunakan nama @azzahrajiwaasyraf yang sudah pun diikuti 12 ribu pengikut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki Arif Jiwa yang kini berusia dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast