Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersalaman dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador selepas mempengerusikan mesyuarat Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 10 MEI 2019

PUTRAJAYA – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpuas hati dengan penerangan proses perbincangan lebih sejam melibatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pegawai-pegawai tertinggi PDRM yang mewakili jabatan dan persatuan polis diberi peluang memberi pandangan dan membangkitkan isu yang mereka tidak berpuas hati dan dibalas dengan jawapan yang jelas dan memuaskan.

“Saya amat berpuas hati dengan proses perbincangan yang berjalan lebih sejam suku melibatkan polis semua peringkat.

‘Perkara yang menjadi kebimbangan di pihak PDRM telahpun diyakinkan oleh Ketua Pengarah Pusat Governans,Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri (GIACC) yang kekhuatiran tersebut jauh meleset.

“Sebenarnya IPCMC memberi banyak peluang kepada PDRM, banyak ruang dan peluang majoriti PDRM dan tidak sesekali menghakis atau menghilangkan kuasa yang ada pada PDRM.

“Itulah hari kelima puasa saya amat bangga dengan kendalian yang ditunjukkan pegawai-pegawai saya yang bangun berhujah dengan penuh tertib dan tidak ada suara-suara melenting apabila mengetengahkan hujah-hujah mereka dan saya amat bersyukur,” katanya dalam sidang khas bersama Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim di Jabatan Perdana Menteri petang tadi.

Tambah Abdul Hamid, kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim juga meyakinkan pihaknya bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian kerajaan.

Jelas beliau, dalam masa seminggu lagi pihaknya akan bertemu dengan GIACC untuk memuktamadkan beberapa perkara yang dibincang yang akan diputuskan bersama sebelum draf diluluskan Kabinet dan IPCMC ditubuhkan.

“Menurusi IPCMC, integriti dapat terus dijadikan keutamaan dalam perjalanan pengurusan pelaksanaan tanggungjawab PDRM yang akan jadi lebih mantap.

“Di pihak persatuan mereka telah menjelaskan pendirian bahawa persatuan bukan hanya mementingkan diri PDRM semata-mata tetapi juga sensitiviti dan kepentingan orang ramai berhubung pelaksanakaan tanggungjawab PDRM,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast