Dr. Mahathir Mohamad

BANGI – Orang Melayu di negara ini hari ini telah berpecah kerana pelbagai kepentingan termasuk politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menjelaskan, perpecahan itu menyebabkan orang Melayu yang juga umat Islam menjadi lemah dan tidak lagi kuat.

Beliau juga Yang Di-Pertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menyeru umat Islam ke ajaran bagi mengelakkan pepecahan ummah.

“Orang Melayu bernasib baik kerana dahulunya bernasib baik kerana mengikut ajaran sunni faham Imam Syafie.

“Justeru bulan Ramadan bukan sahaja melatih diri umat Islam dan mengawal nafsu sebaliknya sebagai latihan untuk patuh kepada ajaran Islam.

“Dan apabila tamat bulan Ramadan ini, umat Islam perlu meneruskan sifat membendung diri daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Yang Di-Pertua dan Penyampaian Anugerah Cemerlang kepada Kelab PERKIM Universiti di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir melahirkan rasa sedih apabila terdapat umat di negara Islam lain yang terpaksa menyelamat diri dan mencari perlindungan di negara bukan Islam.

Ujar beliau, tentunya ada sifat dalam diri umat Islam itu sendiri hingga berlaku insiden demikian.

“Terdapat lima juta umat Islam ke negara Eropah mencari keselamatan namun bukan kerana agama Islam itu tetapi umatnya yang menolak ajaran Islam walaupun menyebut nama Allah swt.

“Jadi kita tidak boleh guna Allah untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Islam,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir menyeru umat Islam di negara ini agar sentiasa bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati selama ini.

Kata beliau, kenikmatan itu memboleh umat Islam dapat berpuasa di bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri serta bebas bergerak ke mana-mana. – MalaysiaGazette