DOHA – Qatar menggesa Arab Saudi menarik semula halangan yang dihadapi warga Qatar dan mereka yang tinggal di negara itu untuk melakukan ibadah umrah dan haji.

Menurut kenyataan Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam, pihak berkuasa Arab Saudi perlu menyediakan kemudahan seperti mana yang diberikan kepada kepada warga negara Majlis Kerjasama Teluk dan negara Islam lain.

Katanya, beberapa halangan yang halangan masih lagi dilaksanakan seperti penerbangan terus dari Doha ke Jeddah danĀ  Arab Saudi masih lagi menutup sempadannya kepada orang ramai khususnya mereka yang berpendapat rendah untuk ke negara itu, lapor The Peninsula.

Kementereian itu juga mendakwa Arab Saudi tidak membenarkan warga Qatar menyertai kempen umrah dan haji dan memohon permit yang diperlukan, bermakna para jemaah tidak dapat memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjamin khususnya kaum wanita dan warga emas. – MalaysiaGazette