Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pencerobohan dua lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Kewangan sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi tadi kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara berjumlah lebih RM17 juta.

CEO yang bergelar Datuk dan CFO wanita itu ditahan malam semalam semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada 10 malam dan wanita tersebut pada 11.50 malam semalam.

Mereka disyaki menerima rasuah ratusan ribu daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan sekitar 2014 hingga 2017.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan mereka.

SPRM turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 serta dokumen-dokumen berkaitan projek itu.
mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM. – MalaysiaGazette