Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berjaya dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tiga tahun lalu yang memerintahkan beliau membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd, Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka.

Keputusan yang dibuat oleh panel 3 hakim Mahkamah Rayuan berkata, terdapat merit dalam rayuan Rafizi.

“Rayuan mempunyai merit dan kami membenarkannya dengan kos,” kata Pengerusi 3 panel hakim Hamid Sultan Abu Backer di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

Panel turut memerintahkan Salleh dan NFCorp membayar balik ganti rugi dan kos itu dalam tempoh 30 hari.

Sekiranya gagal, bayaran faedah 5% setahun akan dikenakan sehingga bayaran dibuat.

Pada 13 Oktober 2016, Rafizi diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada syarikat beliau, selain kos mahkamah RM100,000.

Untuk rekod, dalam saman yang difailkan pada 3 Jun 2013, Salleh dan NFCorp mndakwa Rafizi membuat kenyataan fitnah pada satu sidang media di ibu pejabat PKR setahun sebelum itu mengenai pembelian hartanah Eco City di Kuala Lumpur.-MalaysiaGazette