Saksi yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi.

SHAH ALAM – Keterangan saksi ke-29 sebelum ini dianggap boleh mengelirukan mahkamah kerana tidak menyeluruh.

Profesor Dr Shahrom Abdul Wahid sebelum di dikatakan hanya menumpukan kepada dua kecederaan yang dialami anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu dada kanan dan lengannya.

“Teori Profesor Shahrom tidak berpadanan dengan kecederaan mangsa. Beliau hanya memilih kecederaan tertentu pada bahagian dada kanan dan kecederaan tertentu kengan atas kanan.

“Dipadankan dengan post mortem dan pemeriksaan klinikal,” kata saksi ke-24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi kepada Mahkamah Koroner hari ini.

Beliau juga menganggap Shahrom fokus kepada kecederaan Muhammad Adib yang menarik perhatian sahaja.

Hafizam berkata, perbuatan memecahkan tingkap van EMRS tidak selari dengan yang dikatakan bekas pakar forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum ini kerana ia memerlukan tempoh masa yang panjang.

“Perbuatan mengetuk sehingga lapan kali memecahkan cermin EMRS mengambil masa terlalu lama berbanding EMRS bergerak.

“Jika ingin memecahkan orang kena bergerak bersama EMRS,” tambahnya.

Kata beliau, individu yang memecahkan tingkap kenderaan itu juga berpotensi tinggi mengalami kecederaan jika bertindak sedemikian.

Beliau turut menguatkan sanggahannya menerusi video yang digunakan mahkamah sebelum ini, menunjukkan tiada sesiapa berada di sekeliling EMRS.

“Jika ada orang dalam kawasan ini boleh menyebabkan kecederaan,” ujar Hafizam.

Sebelum ini Profesor Shahrom Abd Wahid berkata, terdapat beberapa individu lain selain penyerang allahyarham Adib yang bertindak memecahkan tingkap pintu kenderaan bomba tersebut. – MalaysiaGazette