eaksi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa sidang media pada Majlis Pelancaran myPortfolio Panduan Kerja Sektor Awam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 14 MEI 2019
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri hari ini menafikan wujud staf lantikan politik yang mengganggu tugas penjawat awam.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, laporan yang dibuat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu tidak wujud, dan hanya melibatkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

“Tidak ada yang mengganggu, kadang-kadang ada percanggahan pendapat, jadi dia tegur.

“Itu bukan mengganggu, cuma perselisihan pendapat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan myPortfolio Pandan Kerja Sektor Awam di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Dr Mahathir menjawab pertanyaan media mengenai pendedahan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda yang memaklumkan pihaknya masih menerima laporan terdapat staf lantikan politik yang mengganggu tugas penjawat awam.

“Sehingga hari ini kita masih menerima aduan terdapat mereka-mereka yang dilantik di kalangan anggota politik ini telah pun mencampuri urusan (tugas) perkhidmatan awam kita,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, Azih enggan memberikan butiran mengenai laporan tersebut. – MalaysiaGazette

Pekerja lantikan politik ‘ganggu’ tugas penjawat awam