Foto Instagram Rashidi Ishak.

KUALA LUMPUR – Pelakon Rashidi Ishak menempelak tindakan segelintir individu yang kerap menegur mengenai wajah anak keduanya Maryam Rashika yang seiras bekas isterinya, Vanidah Imran.

Menerusi Instagram miliknya, Rashidi memuat naik status rasa tidak puas hati itu selepas menutup ruangan komen di dua foto bersama anak perempuannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-15 semalam.

“Ya ya saya sudah tahu dia (Maryam) kelihatan seperti ibunya. Apa tujuan anda untuk ingatkan saya berjuta kali?” kata Rashidi.

Bapa kepada dua anak itu meluahka rasa pelik tujuan netizen kerap mengingatkannya mengenai wajah anaknya sama seperti bekas isteri.

Sejak bergelar duda, laman Instagram pelakon itu sering mendapat perhatian netizen yang ingin mengetahui perkembangan terbaharunya.

Sebelum ini, dia digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang wanita apabila memuat naik foto bersama.

Bagaimanapun, Rashidi menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar spekulasi.

Pada 20 Mac lalu, Rashidi mengesahkan sudah bercerai dengan Vanida Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Rashidi dan Vanida dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Maryam Rashika, 15. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast