Adel Al-Jubeir. foto Agensi

RIYADH – Arab Saudi akan melakukan yang terbaik untuk mengelak daripada peperangan di rantau ini.

Bagaimanapun, Arab Saudi api bersedia untuk bertindak balas dengan “semua kekuatan dan keazaman,” susulan serangan minggu lalu terhadap kapal tangki dan pemasangan minyak, kata Menteri Luar Negara, Adel al-Jubeir.

Adel al-Jubeir, yang bercakap pada sidang akhbar menuduh Iran telah menjadi punca ketidakstabilan di wilayah itu dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tanggungjawab untuk menghentikan Iran daripada berbuat demikian.

Riyadh mendakwa Tehran telah memerintah serangan dron ke atas dua stesen pengepam minyak pada Selalu lalu selepas dua hari empat kapal tangki termasuk dua milik Arab Saudi diserang.

Serangan itu dilihat sebagai tindakan sabotaj di luar perairan Emiriah Arab Bersatu.

Iran bagaimanapun menafikan menjadi dalang di sebalik serangan itu yang tercetus ketika pertikaian antara Washington dan Tehran berhubung sekatan minyak.

Kehadiran tentera Amerika Syarikat di rantau itu meningkatkan lagi risiko konflik kedua-dua negara.

“Kerajaan Arab Saudi tidak mahu perang di rantau ini dan juga tidak mahu mencarinya (perang).

“Kita akan melakukan apa sahaja yang dapat mencegah perang ini dan pada masa yang sama, sekiranya pihak lain memilih perang, kerajaan akan bertindak balas dengan segala daya dan tekad demi mempertahankan dirinya dan kepentingannya,” kata al-Jubeir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast