Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye

IPOH – Kerajaan telah meningkatkan usaha untuk membenteras penjualan arak haram.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, insiden-insiden yang melibatkan keracunan alkohol masih lagi berlaku walaupun usaha-usaha penguatkuasaan oleh pelbagai agensi masih berjalan.

Agensi-agensi tersebut katanya adalah Kementerian Kesihatan, polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Kami di Kementerian Kesihatan memberi fokus kepada kandungan alkohol manakala Kastam pula memberi tumpuan kepada duti eksais yang tidak dibayar.

“Pihak polis dan KPDNHEP bertindak sebagai badan penguatkuasaan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beberapa hari lalu terdapat laporan terhadap 13 kes kematian akibat keracunan methanol yang melibatkan lima kematian di Perak.

Mangsa terdiri daripada tiga warga asing dan dua rakyat tempatan termasuk wanita yang berusia di antara 23 sehingga 73 tahun.

Tahun lepas, sejumlah 97 kes keracunan methanol dilaporkan tahun lepas melibatkan 48 kematian di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast