Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa runtuhan bangunan Terminal Bas Bersepadu Gombak yang sedang dalam pembinaan pada kira-kira jam 1.16 pagi ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri ditemukan mati dalam keadaan berpelukan di bawah runtuhan konkrit sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Stesen LRT Putra Terminal Gombak, di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Alias, 36, dan Ima, 40, dipercayai dihempap kerangka besi yang runtuh.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata mayat kedua-dua mereka yang merupakan buruh binaan ditemui pukul 1.10 petang iaitu kira-kira 40 meter dari lokasi tiga rakan mereka yang terselamat.

MGF23052019_TERMINAL BAS GOMBAK RUNTUH15
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa runtuhan bangunan Terminal Bas Bersepadu Gombak yang sedang dalam pembinaan pada kira-kira jam 1.16 pagi ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 MEI 2019

“Kehilangan mangsa disedari rakan sekerja yang memaklumkan beliau gagal menghubungi pasangan suami isteri itu sejak kejadian.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, pihak bomba menemui kedua-dua mangsa yang tersepit di celah runtuhan konkrit dan kerangka besi dan proses mengeluarkan mangsa agak sukar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira 2 petang dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

MGF23052019_TERMINAL BAS GOMBAK RUNTUH26
Bangunan Terminal Bas Bersepadu Gombak yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira jam 1.16 pagi ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 MEI 2019

Katanya kesemua buruh binaan telah diarah untuk mengosongkan rumah kongsi di lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Pegawai keselamatan di tapak pembinaan telah dimaklumkan untuk menutup rumah kongsi di tapak pembinaan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan yang struktur bangunan yang lemah merupakan antara faktor runtuhan itu berlaku.

MGF23052019_TERMINAL BAS GOMBAK RUNTUH20
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa runtuhan bangunan Terminal Bas Bersepadu Gombak yang sedang dalam pembinaan pada kira-kira jam 1.16 pagi ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 MEI 2019

“Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam kejadian runtuhan itu, tiga buruh binaan terselamat. Dua warga Indonesia berjaya diselamatkan awal pagi tadi manakala seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang tersepit dalam runtuhan itu berjaya dikeluarkan enam jam kemudian.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast