Gambar hiasan

SANDAKAN – Mayat seorang lelaki tanpa tangan kiri dipercayai dibaham buaya ditemukan terapung di sebuah anak sungai di Jalan Beriawa di sini pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat mangsa, yang dikenali sebagai Saini Mahmi, 39, ditemukan kira-kira 9.00 pagi ini oleh orang awam selepas hilang sejak 23 Mei (Khamis) lepas kira-kira 6.30 petang.

Bagaimanapun, kehilangannya hanya dilaporkan kepada JBPM pada pukul 9.10 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika memindahkan barang dari bot untuk ke rumahnya yang berdekatan.

Mayat mangsa, yang mana sebahagian dadanya juga mempunyai kesan dibaham buaya, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat bot mangsa.Kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.– BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast