pelekat poster larangan merokok dilekatkan di 12 kedai makan di Shah Alam semasa serbuan Operasi Larangan Merokok oleh KKM malam tadi

SHAH ALAM – Sebanyak 12 buah kedai makan telah diserbu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu operasi penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok malam tadi.

Operasi itu telah dijalankan di sekitar Seksyen 7 di sini melibatkan seramai 21 orang anggota penguat kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara amnya, hasil pemantauan dan juga aktiviti penguatkuasaan pendidikan mendapati pematuhan kepada larangan merokok adalah bagus.

larangan merokok shah alam1
Sukarelawan daripada IKRAM HEALTH menjalankan ujian pernafasan karbon monoksida terhadap seorang pelanggan sebuah kedai makan di Shah Alam semasa Operasi Pendidikan Larangan Merokok dibawah KKM malam tadi.

Kebanyakan kedai makan juga didapati telah meletakan tanda larangan merokok.

Dalam pada itu, sebanyak tiga notis amaran telah dikeluarkan, sebanyak 24 edaran poster larangan merokok dan sebanyak 79 risalah diedarkan.

Dalam pada itu, operasi sama menyaksikan tiga pelanggan telah diberikan notis amaran dan mereka akan dirujuk ke perkhidmatan berhenti merokok mQuit.

Pada malam yang sama, sukarelawan daripada IKRAM HEALTH diketuai oleh Dr Mohd Afiq telah menjalankan 17 ujian pernafasan karbon monoksida.

Langkah itu bertujuan memberi kesedaran tentang tahap racun dalam pernafasan perokok sebelum operasi ditamatkan pada kira-kira jam 11.45 malam.- MalaysiaGazette