Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.
Pasangan suami isteri berusia 49 dan 43 tahun terbabit dipercayai pengasas dan sekretariat gabungan sementara.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan pihaknya telah mengubah logo pasukan itu, dengan mengugurkan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Ketua komunikasi korporat polis Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya menetapkan dua garis panduan dalam penggunaan logo pasukan yang berkuatkuasa pada 2014 di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan ketua polis negara ketika itu.

“Logo polis dengan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW hanya boleh digunakan pada bendera, papan tanda atau bahan yang diletakkan di tempat atau lokasi tinggi.

“Logo yang tidak tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammad pula diguna pakai dalam urusan percetakan (buku atur cara, notis atau kenyataaan) agar tidak tercemar kesucian kalimah itu, jika risalah berkenaan dijadikan pelapik duduk, dipijak dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

— BERNAMA