Saturday, April 20, 2024
Home Ekonomi Tabung Haji serah zakat kepada MUIS

Tabung Haji serah zakat kepada MUIS

Bangunan Tabung Haji. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2018.
""
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyerahkan zakat berjumlah RM 1,706,981.57 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Bayaran zakat bagi Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2 peratus pada tahun lalu berbanding 2017 dengan jumlah RM1,331,855.04,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yang Dipertua Sabah, Tun Dr. Juhar Mahiruddin berkenan menerima bayaran zakat Tabung Haji itu daripada Nurlaila dalam satu majlis di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, Nurlaila berkata, Tabung Haji terus memperkasakan tanggungjawabnya dengan pelaksanaan program zakat yang disasarkan kepada golongan memerlukan melalui penganjuran berbentuk pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan.

“Jumlah keseluruhan bayaran Zakat Tabung Haji 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6 peratus dengan jumlah sebanyak RM85.57 juta berbanding 2017, RM67.61 juta,” katanya. – MalaysiaGazette