TERKINI : Baju Kalis Api Bomba Lulus Ujian di UK – Zuraida Kamaruddin

PUTRAJAYA – Sebanyak 15,000 baju kalis api bersedia untuk diedarkan kepada kegunaan anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara pada pertengahan Jun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan dan Ops Raya 2019 di IOI City Mall, Putrajaya.