Sebuah kediaman rosak selepas Peru dilanda gempa bumi kuat semalam. foto Agensi

LIMA – Peru yang dilanda gempa bumi dengan 8 magnitud membunuh seorang mangsa, memusnahkan berpuluh-puluh rumah dan menjejaskan operasi minyak.

Gempa yang terbesar melanda Peru sejak tahun 2007 – dirasai di seluruh negara dan di rantau Ecuador dan Colombia.

Presiden Peru, Martin Vizcarra berkata, kawasan paling teruk ialah bandar Yurimaguas dan Tarapoto.

“Pada hakikatnya, ia menjejaskan semua hutan Peru,” kata Vizcarra kepada media sambil memberitahu kerosakan masih diteliti.

Seorang lelaki berusia 48 tahun terbunuh di rantau Cajamarca setelah batu menimpa rumahnya, kata pegawai kecemasan.

hutan

Tanah runtuh di Yurimaguas, Peru selepas gempa bumi di Peru. foto AgensiPusat Kecemasan Kebangsaan Peru (COEN) berkata, sekurang-kurangnya 11 orang cedera dan lebih daripada 50 buah rumah musnah. Beberapa sekolah, gereja, hospital dan klinik juga rosak.

Syarikat minyak milik negara, Petroperu berkata, gempa itu menyebabkan kebocoran “kecil” dalam paip di penapisan Talara di pantai Pasifik tetapi berjaya dikawal.

Entiti itu juga telah menggantung operasi pam minyak di kemudahan Stesen 1 di Loreto untuk menilai kerosakan yang dikesan di sana, katanya dalam satu kenyataan.

Seorang jurucakap syarikat minyak Kanada, Frontera Energy, yang mengendalikan blok minyak Peru terbesar di Loreto berkata, tiada kerosakan pada pemasangannya.

Rakaman televisyen menunjukkan lebuh raya di Cajamarca dilanda lumpur dan serpihan.

Peru terletak di “Ring of Fire” Pasifik, yang mana majoriti aktiviti seismik di dunia berlaku.

Gempa pada Ahad ini dinilai sebagai “kedalaman perantaraan” di sekitar 110 kilometer (68 batu). Gegaran kedalaman pertengahan biasanya menyebabkan kerosakan permukaan yang kurang daripada gegaran yang lebih rendah. – MalaysiaGazette