Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, pembelian alat perubatan hospital sebanyak RM7.4 juta bagi menggantikan alat perubatan dan kelengkapan hospital yang rosak, manakala kos pembangunan sebanyak RM3.4 juta pula bagi pembinaan bangunan rekod perubatan serta klinik telinga, hidung dan tekak (ENT) yang baharu.

“Peruntukan tersebut terdiri daripada RM6 juta daripada Kementerian Kewangan dan RM4.8 juta daripada Kementerian Kesihatan.

“Selain memperbaiki kemudahan hospital, peruntukan ini untuk pembelian alat perubatan yang diperlukan hospital tersebut seperti pembelian dan renovasi untuk mesin imbasan magnetik resonan (MRI) yang dijangka siap tahun depan (2020) bernilai RM3 juta, sebuah mesin ultrabunyi mudah alih bernilai RM300,000 dan dua buah set kraniotomi bernilai RM500,000,” katanya.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra bersama anggota Parlimen Sandakan Vivian Wong di Pasar Elopura hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Mengenai masalah parkir kenderaan di hospital berkenaan, Menteri Kewangan itu berkata kerajaan memutuskan pembinaan bangunan untuk parkir kenderaan akan dilakukan secara penswastaan menerusi Kementerian Kesihatan.

Katanya, tapak tanah sedang dikenal pasti dan perbincangan lanjut akan diadakan bersama wakil-wakil rakyat Parlimen Sandakan dan Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat serta Elopura.

“Ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk berkongsi kemakmuran dan memastikan akses kepada perkhidmatan perubatan yang diperlukan disediakan untuk lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast