KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dagangan Bursa Malaysia akan ditutup setengah hari pada hari Selasa, 4 Jun 2019 petang.

Bursa juga akan ditutup pada hari Rabu, 5 Jun 2019 dan Khamis, 6 Jun 2019.

Dalam kenyataan hari ini, bursa berkata, pada hari Selasa, dagangan Bursa Malaysia Securities Dagangan akan dibuka untuk sesi pagi sahaja.

“Tidak akan ada dagangan pada sesi petang,” katanya.

Bagaimanapun, perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian yang disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing dan perkhidmatan depositori yang disediakan oleh Bursa Malaysia Depository akan diteruskan seperti biasa pada hari tersebut dan pejabat Bursa Malaysia Securities akan terus dibuka sehingga akhir hari perniagaan. – MalaysiaGazette