Mohd. Nizamri Yusoff (kiri) dan Mohd. Nasir Ahmad mengedarkan bungkusan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

KUALA LUMPUR – Hotel Sri Petaling (HSP) di bawah pengurusan PNB Management Services Sdn. Bhd. (PMSSB) telah mengadakan program pengagihan bubur lambuk di sekitar kawasan Sri Petaling baru-baru ini.

Penolong Pengurus Eksekutifnya, Mohd. Nizamri Yusoff berkata, program itu merupakan kerjasama dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Balai Polis Sri Petaling.

Jelas beliau, sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk diagihkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kepada pengguna jalan raya.

“Kerjasama antara pihak Hotel Sri Petaling dan IPD dalam penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kali ini bukan sahaja bertujuan sebagai penyediaan berbuka puasa bagi orang ramai di bandar Sri Petaling.

“Malahan program ini bertujuan bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini dengan amalan bersedekah serta memupuk perpaduan antara masyarakat, selain memperkenalkan Hotel Sri Petaling yang terletak berhampiran kawasan ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Balai Polis Sri Petaling,  ASP Mohd. Nasir Ahmad.

IMG_1477
Chef Ahmad Nizam (kanan).

Bungkusan bubur lambuk itu mula diagihkan oleh pihak Hotel Sri Petaling dan anggota polis kepada orang awam bermula pukul 5 petang  dan berakhir kira-kira pada pukul 6.30 petang.

Menurut Mohd Nizamri Yusoff, program pengagihan bubur lambuk ini telah dianjurkan buat kali kedua dan pihaknya  berharap agar program ini akan menjadi tradisi dan dapat diteruskan pada bulan Ramadan yang akan datang.

Jelasnya ia juga merupakan salah satu inisiatif Hotel Sri Petaling untuk lebih dekat dengan masyarakat.

Sementara otu, penyedian bubur lambuk ini diketuai sendiri oleh Executive Sous Chef HSP, Chef Ahmad Nizam yang menggunakan resepi khas untuk membuat bubur lambuk.

Ujar beliau, menu itu menjadi istimewa kerana dimasakan dengan pelbagai jenis rempah antaranya cengkih, bunga, lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, halba, lada hitam,ubi kentang, lobak, lobak masin dan santan serta ayam cincang.

Proses memasak bubur lambuk itu mengambil masa kira-kira tiga jam. – MalaysiaGazette

IMG_1519
Program pengagihan bubur lambuk di sekitar Sri Petaling merupakan kerjasama Hotel Sri Petaling dengan Ibu Pejabat Daerah Balai Polis Sri Petaling.