KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM1 juta bagi tahun ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebok putera sulung Sultan Johor itu, majlis penyerahan itu diadakan di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini.

Ia disaksikan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot bersama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Pada majlis sama, Tunku Ismail yang juga Pengerusi MAINJ turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari majlis berkenaan kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor. – MalaysiaGazette